Dafi FC memandang serius tentang beberapa perkara yg berlaku kebelakangan ini.
1- Pihak KRU melaporkan berberapa salah laku seperti tindakan peminat mendownload bahan-bahan tertentu. Seperti semua sedia maklum, setiap material terbitan KRU adalah hakcipta terpelihara yg tidak boleh diterbitkan semula. Sebagai contoh, mendownload drama Hotel Mania di web tv3 dan menguploadnya semula di Youtube. Ianya dipandang serius kerana ianya melibatkan hakcipta dan hak pihak penaja yang telah berbelanja besar menaja.
2- Memberikan maklumat yang kurang tepat berkaitan aktiviti Dafi & DafiFC. DafiFC tidak menghalang peminat utk menyebarkan maklumat tetapi maklumat yang kurang tepat akan mengelirukan peminat lain. Sebaiknya, setiap maklumat perlu dirujuk semula kepada website rasmi www.dafi-fc.com untuk pengesahan. Info (jadual Dafi) yg diperolehi dari sumber lain atau penganjur kadang kala masih"to be confirmed" dan tertakluk kpd perubahan oleh pihak pengurusan Dafi (KRU).
Gathering DafiFC pada 2 Mei terbuka kepada semua dan bukannya tertutup seperti yang disebarkan.
3- Gambar-gambar rasmi DafiFC yg disiarkan di laman web ini adalah hakmilik DafiFC. Anda dibenarkan menggunakan gambar tersebut tanpa mengedit gambar tersebut. Sebagai contoh, anda dilarang membuang watermark www.dafi-fc.com yg terdapat pada gambar2 rasmi tersebut.
Gambar2 rasmi yang diletakkan "watermark" ialah bahan promosi bagi memperkenalkan website rasmi ini kepada peminat dan bukannya bahan utk diubai suai utk kegunaan lain.