
Berapa bintang anda beri untuk persembahan Dafi- Bibir Mesra Jiwa Parah: Minggu 5
Submitted by skadi on Sun, 04/15/2007 - 08:36.
Dafi@URTV Bil:695 (Part 2)
Submitted by raydrev on Fri, 04/13/2007 - 13:19.Aboi(dafi)..masa kecil URTV BIL:695 15-30APRIL 2007


ANTARA ARTIKEL LAIN MEGENAI DAFI : PEMINAT SUKA DAFI RAPAT DENGAN NONI
DAN GIANT POSTER DAFI !!!

Dafi@URTV Bil:695 (Part 1)
Submitted by raydrev on Fri, 04/13/2007 - 13:11.

URTV BIL: 695 15-30APR 2007 - DI PASARAN SEKARANG

Gosip Dafi panas
Submitted by Mr_Manager on Thu, 04/12/2007 - 23:05.Oleh Rudy Imran Shamsudin
Harian Metro
12 April 2007
SEBAIK nama Gadaffi Ismail Sabri, 19, atau Dafi, melonjak naik dalam minggu awal rancangan realiti TV pencarian bakat Akademi Fantasia musim kelima (AF5) disiarkan, pelbagai cerita kurang sedap turut mengiringi popularitinya.
Paling menyedihkan hati tentulah ahli keluarganya apabila Dafi dituduh lelaki lembut, gaya seperti Mr Bean dan digelar Dafi Duck (bersuara itik) selepas persembahannya menerima teguran pengkritik.
Dakwaan terhadap Dafi turut disiarkan menerusi saluran laman bual bicara Chat@15. Tidak cukup dengan itu, beberapa gosip panas turut menular membabitkan ahli keluarga Dafi terutama status bapanya sebagai Datuk.
Bagaimanapun kakak Dafi, Nina Sabrina, 20, berkata setakat ini mereka cuba menerima segala tuduhan dan tohmahan dengan hati terbuka.
“Saya dan keluarga lain terutama ibu dan ayah tidak kecewa tetapi sedih apabila ada tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada Dafi. Tapi inilah realitinya.
“Sebenarnya kami sekeluarga memang mengikuti perkembangan AF dari musim pertama hinggalah musim baru ini. Apabila Dafi sendiri tersenarai salah seorang pesertanya, kami faham perkara seperti ini pasti berlaku dan sebagai salah seorang pesertanya, Dafi harus melaluinya.

Marilah kita seragamkan...
Submitted by Mr_Manager on Thu, 04/12/2007 - 06:40.Dafinates?Errr...no.
Dafinities? Errr...no.
Dafinites! Yes.
So, jangan lupa, nama panggilan semua peminat Dafi adalah DAFINITES! BAIK PUNYA!!!

Dafi refleksi imej dunia seni kita!
Submitted by raydrev on Wed, 04/11/2007 - 19:07.Aditya: Dafi refleksi imej dunia seni kita!
Dipetik dari : Mstar Online 05-04-2007 11:27:24 AM
Kedudukan selesa Dafi setiap minggu dalam carta Akademi Fantasia 5 (AF5) bukan suatu yang mengejutkan untuk program realiti yang berdasarkan populariti dan meletakkan 100% penentuan kepada juri awam. Bukan mengejutkan di sini bukan kerana pelajar dari Petaling Jaya itu telah membuktikan kemampuan atau kewibawaannya sebagai pelajar AF5 yang cemerlang berbanding rakan-rakan seperjuangan yang lain.




Namun sebaliknya, selepas minggu ketiga, Dafi masih dengan gaya persembahan malapnya. Persembahannya kalau dinilaikan juri profesional, rasanya dia pasti berada di kedudukan yang tidak selesa setiap minggu. Bagaimanapun seperti yang dikatakan tadi, AF5 meletakkan jari jadi juri, jadi semuanya boleh jadi. Pasport utama Dafi adalah wajah comel dan senyumannya. Anugerah itu sememangnya diperlukan untuk pertandingan seperti AF. Bukan saja Dafi, malah sesiapapun kalau dilengkapi dengan kelebihan tarikan itu, pastinya menggunakan ke arah yang boleh dimanfaatkan untuk kehidupan masing-masing.




