The Official Dafi Fan Club (Kelab Peminat Dafi Malaysia) ini dibina oleh peminat Dafi yang digelar "Dafinites", untuk menyokong Dafi sepanjang karier seninya. Laman web rasmi ini mula dibina pada 23 Mac 2007 dan diselenggara sepenuhnya oleh penggerak FCnya yang digelar "Very Important Dafinites" [ VID ]. Kelab Peminat Dafi Malaysia telah didaftarkan secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 16 Jun 2009. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi talian Dafinites Services 012-9233 814. Sila maklum nama username dafi disini ialah "iamdafi". Website ini ditaja oleh Yoyooh.com

MRBY_CMOD's picture

Diari Dafi @ Malam Gala Filem Jin-Notti 14/08/09

raydrev's picture

Kelab Peminat Dafi Malaysia kini diiktiraf !!

 

 

Setelah menunggu lebih dari 2 tahun, Kelab Peminat Dafi Malaysia [DFC] secara rasminya diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Pihak DFC dimaklumkan, masa yang lama diambil oleh pihak berwajib utk meluluskan permohonan adalah bertujuan untuk  melihat sejauh mana sesebuah kelab peminat mana itu betul-betul serius. Hanya kelab yang aktif semasa pemantauan akan diluluskan permohonannya dan DFC adalah antara kelab yang telah diluluskan. Bila musim AF berakhir, kelab tumbuh macam cendawan dan kemudiannya hilang dan tidak lagi aktif selepas setahun.

 

 

Presiden DFC Emelia Basri, Mantan Presiden Penaja DFC Ray Eusouff dan Setiausaha 2 DFC, Megat Eusofe antara wakil yg menghadiri sesi taklimat dan penyampaian sijil  disebuah hotel di Klang yang diadakan pada 12 Ogos yang lalu.

 

Kelab Peminat Dafi Malaysia [DFC], menarik perhatian persatuan lain kerana dari lebih 50 persatuan & kelab, DFC adalah satu-satunya kelab peminat artis yg menerima sijil pada pagi itu. Yang selebihnya, lebih kepada persatuan penduduk dan kelab hobi serta kelab sukan. Ada juga dikalangan yg hadir tertanya-tanya sama ada Dafi hadir atau tidak.  Pelbagai pertanyaan  lain juga turut diajukan kepada Emilia, Ray & Megat oleh mereka yang datang.

 

 Sijil Pendaftar Pertubuhan

 

MRBY_CMOD's picture

Gambar-gambar : Dafi @ Promosi Filem Terbaru KRU [ JIN NOTTI ]

Photobucket
 
 
 Dafi @ Promosi Filem Terbaru KRU
JIN - NOTTI
 
.....
Lokasi : Terminal 1 Seremban N9
Jam : 2 petang
Tarikh : 9/8/2009
..... 

MRBY_CMOD's picture

Sign Picca 4 Dafi

Come & Join Us !!!




Ada sesuatu nak cakap ?? Tapi kelu lidah nak berkata-kata ?? Dunt Wurry ...Jom kita buat Sign Picca 4 Dafi.

Just snap pic korang , bersama dengan kertas note yang tertulis mesej utk Dafi .
( Tak kisah lah nak snap pakai apa - Kamera , HandPhone , Mesin Photostat atau Scanner - Janji picca tak blur ).
Mana nak di hantar salinan picca ?? Here - > euandenemo@gmail.com.
Mari kita penuhkan slide dengan apa jua note , mesej , surat , atau apa-apa pun buleh !! .
Tapi ingat - Hanya picca yang jelas dan mesej yang jitu sahaja akan lepas tayangan.
Ok Dafinites ??? Jom kita mulakan .... aksi senyum-senyum depan cam Nowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww !!!!
Adam_Arjuna_VID's picture

Keep Voting Guys!

TAHNIAH BUAT SEUMUR HIDUP!!

 

Carta Muzik Muzik

 

Alohaa kengkawan sekalian..

Adam just nak up-date kat korang tentang lagu 'Seumur Hidup` yg telah pon menduduki tempat ke-3 dalam carta Muzik-Muzik 24.

Wah...!! cayalah guys.. tak sesia kita sumer vote kan...

Minggu pertama dicalonkan, Seumur Hidup berjaya di tempat ke-8 dan minggu pada minggu keduanya.. dah naik lima anak tangga menjadikannya di kedudukan ke -3... Happy gila uols.... :P

Okey la, pada semua, jgn leka utk terus mengundi okey. Kita make sure lagu ni akan terus kekal di posisinya atau menjadi lebih baik.. okey? Sekurang-kurangnya biar sampai ke separuh akhir. Macam Adam bitau sebelum ni, lately byk lagu yg mcm kababoom di corong radio, saingan pon agak sengit.. so kita kena keep votings for this song to make sure ia tak mudah keluar carta kan...

 

::.. Jangan lupa utk terus mengundi yerr !! ..::

:)

 

 

 

raydrev's picture

Pengumuman Penting

 

 

Message yg Ray perolehi dari Dafi via SMS.

 

"Tell everyone I'm sorry...time factor with Malaysian & Singapore nye siaran langsung...so I'm performing utk Indonesian nye extended siaran..We're still on going live here"

Sms ini Ray terima pada

11.52 waktu Malaysia / 10.52 waktu Indonesia barat [ waktu Indonesia 1 jam lebih awal ]

So guys...itulah sebabnya kita di Malaysia tidak dapat menonton persembahan Dafi sebentar tadi. Harap-harap dengan pengumuman ini menjawab persoalan Dafinites yang menunggu persembahan Dafi@ APM sebentar tadi.

 

[r][a][y] eusouff

Adam_Arjuna_VID's picture

Seumur Hidup @ Muzik Muzik 24

Yezza...hallu... lama tul Adam tak wat posting kat web ni kan.. sajer jer.. nak buat korang rindu ngan posting Adam sbnrnya.. wakakka.. beranganzz sudah kan..

 

dafi @ muzik muzik 05

 

Okey la.. maleh teman nak kabau banyak-banyak! Posting ni dibuat khas buat sumer dafinites yg tak putus2 menyokong kareer seni Dafi.. means kita sumer lah kan... ewahh.. pada yg mungkin terlepas pandang or terlepas info, lagu Seumur Hidup nyanyian idola cute kita ni dah pon dicalonkan di dalam rancangan muzik muzik ke 24 pada Sabtu lepas bersamaan 11 julai 2009. Nampaknya sekali lagi lagu Dafi akan memasuki carta la kan. Rakaman program tersebut dah diadakan 2 hari awal dari tarikh siaran iaitu pada hari Khamis jam 8.30 malam bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Bagi memberikan tanda sokongan dan utk memeriahkan keadaan, Puan Presiden kita iaitu VID Syamelia bersama segerombolan pasukan tenteranya seperti VID Azim, VID Fendy, VID Azlinah, VID Adam, AID Syuk, CMOD Myra serta beberapa org dafinites lain pon turut sama pada sesi rakaman itu. Huh.. meriah dibuatnya beb. Kalau tak, tak de la sampai Cheryl Samad and Faizal Ismail siap mentioned yg Dafi bwk kumpulan besar utk memenuhi ruang malam tu kan.. hehe :P Ombaaaaaakkk skit..!! Dan yang paling membanggakan skit bila Cheryl sendiri menggelar mereka yg hadir tu sbg 'dafinites' tanpa perlu kita nak perkenalkan diri.. bangga la kejap! dan Cheryl jugak alert dgn setiap program DFC yer..  terkejut gak kami bila dgr dia mentioned sumer... "ooohh terasa diri ku begitu beharga!" :P