Hello peminat setia Dafi!
Anda dijemput hadir di majlis pelancaran THE OFFICIAL DAFI FC pada Sabtu ini, 7hb April pada jam 5 petang bertempat di STRAWBERRY CAFÉ, PJ.
Café tersebut terletak di kedai kedai berhadapan Dewan Sivik (tempat konsert AF), PJ.
Majlis pelancaran tidak mengenakan sebarang bayaran. Poster percuma akan diberi kepada semua yang hadir dan T-shirt THE OFFICIAL DAFI FC boleh dibeli dengan harga RM15. Free saiz untuk lelaki dan perempuan.
Selepas pelancaran rasmi, makan petang akan disajikan diikuti sesi bergambar dan sesi membuat poster (bahan bahan poster dan gambar akan diagihkan secara percuma). Jika anda berminat untuk membawa bahan bahan dan gambar Dafi milik anda sendiri untuk membuat poster, kami mengalu-alukannya.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Naib-President Fan Club, Kak Awin di talian 0126828303 atau saya, Mr. Manager, di talian 016 9786883.
Warna kegemaran DAFI adalah merah hati (maroon red) dan tema pakaian adalah SANTAI MERAH HATI.
DAFInitely DAFI!





