AHLI Majlis Universiti LimKokWing, Senator Tan Sri Jins Shamsudin menyampaikan Diploma Seni Reka Muzik dan Bunyi kepada Dafi di majlis Konvokesyen, semalam. |
CYBERJAYA: Dengan meletakkan bapa sebagai inspirasi, Gaddafi Datuk Seri Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi, 21, dipilih pelajar terbaik Akademi Senireka Muzik dan Bunyi LimKokWing sempena majlis Graduasi Kelas 2009 Universiti LimKokWing, di sini semalam.
Lebih membanggakan, majlis yang berlangsung di kampus universiti itu turut dihadiri Ismail yang juga Ahli Majlis universiti berkenaan.
Bintang Akademi Fantasia 6 yang popular dengan single pertama, Bila Terasa Rindu itu, berkata sifat tidak putus asa bapanya memberi inspirasi untuknya berjaya dalam bidang yang diceburi.
"Bagi saya, bapa seorang ahli politik yang berjaya dan kecekalannya menjadi pendorong kepada saya. Saya juga ingin berjaya sepertinya, bukan dalam bidang politik tetapi dalam bidang yang amat saya minati iaitu muzik," katanya.
Seramai 567 pelajar universiti terbabit, termasuk 60 peratus pelajar antarabangsa menerima diploma dan ijazah pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Presidennya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Lim Kok Wing.
Anugerah Datuk Seri Najib Razak dalam bidang kreativiti dan inovasi diterima Keith Aloysious Soertsz, Mohamad Suaidy Mohd Kamaruzzaman, Niran Vicktor Benjhamin dan Ong Shiou Meng.
source :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20091220011544/Article/
note :
ada kesilapan sikit, it's AF5 dan bukan AF6...
whatever it is, we're really proud of u, Dafi!!!!! keep those flags flying high...
to all Dafinites yang bergelar pelajar, contohilah Dafi... make him our role model....
______________________________________________________________________________________________
Artikel lain @ Utusan Online
Ayah jadi sumber inspirasi – Dafi
|
| GADAFFI Ismail Sabri (Dafi) menerima Diploma Bunyi dan Muzik daripada Tan Sri Jins Shamsuddin pada majlis Konvokesyen Universiti Limkokwing di Cyberjaya, semalam.
|
CYBERJAYA 19 Dis. – Kecekalan bapanya dalam melaksanakan setiap perkara menjadi dorongan kepada penyanyi popular, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga terpilih sebagai pelajar terbaik jurusan bunyi dan muzik di Universiti Limkokwing.
Dafi berkata, ayahnya iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan sumber inspirasi terbaik untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
‘‘Ayah menjadi contoh yang baik kepada saya iaitu beliau tidak pernah berputus asa dalam mengejar cita-citanya untuk berkhidmat kepada negara.
‘‘Ini menjadi inspirasi kepada saya untuk mengejar impian dalam industri muzik dan hiburan,” katanya kepada pemberita pada majlis konvokesyen Universiti Limkokwing di sini hari ini.
Dafi yang merupakan graduan Diploma Profesional Dalam Bunyi dan Muzik terpilih menerima Anugerah Kecemerlangan selain mewakili graduan berucap dalam majlis konvokesyen universiti itu.
Seramai 567 orang graduan dari 39 negara menerima ijazah dan diploma masing-masing.
Dafi berkata, beliau mula belajar di Universiti Limkokwing seawal 2006 tetapi pengajiannya terpaksa ditangguhkan untuk menyertai program Akademi Fantasia (AF).
‘‘Saya mengambil kursus ini kerana mempunyai minat mendalam terhadap muzik.
‘‘Jika saya tidak dapat menjadi penyanyi, kursus yang saya ambil ini masih memberi peluang kepada saya untuk berkecimpung dalam industri muzik,” katanya.
Ditanya rancangan masa depannya Dafi berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.
‘‘Kalau saya betul-betul nak sambung belajar, saya tetap akan memilih Universiti Limkokwing kerana suasana di sini amat berbeza dengan institusi pendidikan yang lain,” katanya.
__________________________________________________________________________________________________
Artikel lain @ KOSMO
Dafi mahu 'berhenti' belajar

CYBERJAYA - "Buat masa ini, saya hendak menyanyi dahulu dan tidak bercadang untuk meneruskan pengajian dalam masa terdekat."
Demikian beritahu penyanyi muda, Dafi, 21, atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri apabila menjadi antara 567 graduan Universiti Limkokwing yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing pada majlis konvokesyen 2009 di sini semalam.
Dafi berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Profesional Bunyi dan Rekaan Muzik di universiti berkenaan membuat keputusan untuk fokus pada karier bagi mempromosi single terbarunya, Sebelum Kita Berpisah yang dirakamkan baru-baru ini.
Dafi yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 12 Disember lalu berkata, bidang yang dipilih adalah bertepatan dengan minatnya yang mendalam dalam bidang muzik
___________________________________________________________________________________________________
Dafi @ Harian Metro
Bukti Dafi
Oleh IZWAN MOHAMAD DAN
metahad@hmetro.com.my
DILAHIRKAN dalam keluarga ‘bangsawan’ ternyata bukan tiket untuk anak muda ini bersenang-lenang dan melakukan sesuatu seperti melepaskan batuk di tangga saja, sebaliknya usaha dilipat gandakan lagi untuk mengejar impiannya.
Dalam kesibukan menyelesaikan setiap rutin yang terisi dalam jadual hariannya sebagai artis, penyanyi lagu Bila Terasa Rindu ini tidak menjadikannya halangan bergelar siswa.
Berada di puncak populariti tidak membuatnya lalai, sebaliknya dijadikan motivasi supaya dia terus melakar kejayaan, termasuk dalam bidang akademik yang diikutinya sejak dua setengah tahun lalu.
Buktinya, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi, 21, kini bergelar graduan diploma profesional dalam bidang rekaan muzik dan bunyi daripada Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing Malaysia, Cyberjaya.
Bukan itu saja, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini turut menerima Anugerah Industri selepas mencatat rekod cemerlang dengan himpunan purata nilai gred melebihi 3.50 dalam istiadat konvokesyen institusi itu yang berlangsung semalam.
Lebih manis, jejaka yang sering mencuri perhatian gadis ini dengan wajah kacaknya diundang berucap mewakili fakultinya dalam majlis sama, menandakan dia bukan calang-calang pelajar dan mampu menjadi teladan kepada semua.
Bagaimanapun, dalam temubual menerusi telefon dengannya yang ketika itu sibuk dengan rakaman audio untuk sebuah drama muzikal, bintang Akademi Fantasia 5 ini menganggapnya tidak lebih daripada sekadar satu impian hidup yang diinginkan.
“Bagi Dafi, ini cuma satu daripada cita-cita yang tertunai kerana sepanjang hidup kita perlu menimba ilmu selain menjadi contoh kepada masyarakat yang sering menjadikan golongan selebriti sebagai ‘role model’.
“Pelajaran itu penting dan Dafi mengambil peluang ini untuk membuktikan kebolehan diri walaupun sibuk bekerjaya, selain tidak mahu dipandang remeh oleh sesetengah pihak yang menganggap anak seni tidak berpelajaran tinggi,” katanya.
Penyanyi yang mula menempa nama di Indonesia menerusi lagu Di Antara ciptaan Badai Kerispatih ini bagaimanapun mengakui kepayahan membahagikan masa di antara karier dan pelajaran memandangkan kedua-dua bidang menuntut komitmen tinggi.Alah bisa tegal biasa, Dafi sebaliknya mengambil jalan tengah dengan menyusun sebaik mungkin jadualnya supaya mampu mengulangkaji pelajaran dan meminta bantuan rakan sekuliah jika ketinggalan.Dafi mengakui ada kalanya tidak dapat menghadiri kelas kerana tuntutan kerja, namun bukan sampai menyebabkan ketinggalan keseluruhannya dan mujur ada rakan sedia membantu.
“Selepas konvokesyen, Dafi belum merancang sama ada mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana mahu menumpukan sepenuhnya terhadap nyanyian.
“Mungkin Dafi akan luaskan lagi pembabitan dalam bidang nyanyian yang terbatas sebelum ini dengan menggunakan sepenuhnya ilmu yang ditimba supaya menjadi penyanyi yang lebih baik,” katanya.
____________________________________________________________________________________________________
PS : Ray akan cuba dapatkan gambar2 eksklusif Dafi semasa konvonya utk tatapan Dafinites. Stay tuned.





