MRBY_CMOD's picture

Meet & Greet Dafi - Promosi Single Terbaru "Sebelum Kita Berpisah" [ The Store , Sg Buluh ] 20 June 2010

Photobucket
 
 Muka-muka Dafinites yg dpt backstage pass - sekali masuk x keluar lagi
 
Gambar : VID Capeq
Edited by: VID Megat
Laporan: OVID Nad 
 
Seronok seronok seronok! Hehe
Pada Ahad lepas, dafi terlibat dengan program ' meet & greet dafi " di Sg.Buloh 
 
Pada mulanya, ramai yang agak skeptikal. Yelah dengar Sg. Buloh macam jauh je bunyi but tidak disangka-sangka. Ramai yang muncul pada hari tersebut.  Ada muka baru, and banyak ahli-ahli lama seperti diva myra pun muncul kembali ( wah myra dah buat comeback ) Antara dafinites lain yang hadir ialah Adam, Finnick, Kak Nad, Dayah, Bash, Vid Syuk Getah, Vid Zeti, Leonard, Fendy, Kicuk, Najwa, Capeq dan Kak Yana 
 
Program dimulakan dengan kemunculan Pooh yang boleh tahan ramai peminat beliau nie. Hehe. Dengan gaya yang spontan dan mmg kelakar giler, program tersebut penuh dengan gelak ketawa tak henti-henti satu shopping mall tu tau! Hehe 
 
Photobucket
 
Aksi Dafi bersama pengacara sensasi Pooh, Dafi melayan peminat 
 
Kalau korang nak tau, yg buat event ni unik sangat2 ialah gabungan kerjasama DafiFC buat pertama kalinya bersama syarikat pengurusan Dafi yg baru iaitu Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd. Sudah tentu juga kerjasama yg telah diberikan oleh The Store Sg Buloh. Terima kasih kerana menjemput kami utk buat event disana.
 
Mengikut sumber dari syarikat pengurusan Dafi, kata pengurus Mr Afeeq, banyak lagi kerjasama yg akan syarikat tersebut jalankan bersama The Official Dafi Fan Club di masa akan datang. Wah ! best tu.
 
Dafi sempat memberikan komennya "Event mmg happening! Sangat meriah..." "Laugh Out Loud Entertainment dan The Official Dafi Fan Club akan bergerak seiiring dalam menjayakan aktiviti untuk peminat dimasa akan datang. Dafi rasa amat bertuah kerana kerjasama ini membuahkan hasil.  DafiFC pun dah banyak pengalaman mengadakan event, so xde masalah utk buat event yg lagi best dimasa akan datang" tambah Dafi lagi.
 
 
Photobucket
 
 
"Sesi bertemu peminat yg serba ringkas dan meriah ini juga dilihat sebagai satu teamwork yg berkesan dan perlu diteruskan" tambah penasihat DFC, Tun Amy & Tun Ray.  Tambah mereka lagi "Banyak idea baru diketengahkan oleh team VID yg baru malah banyak juga idea serta cadangan (siap kertas kerja lagi) dari Dafinites utk program DFC dimasa akan datang.
 
"InsyaAllah team baru ini akan mempertimbangkan segala cadangan dari ahli dan akan ia akan dibawa ke mesyuarat AJK yg akan datang" jelas Naib Presiden Dafi FC, VID Syukri. 
 
 
Photobucket
 
 
 reception hotel mania
 
VID Zeti & VID leonard melayan peminat Dafi
 
Selain mengadakan sesi bertemu peminat dan Dafi mempromosikan lagu single yg best gila "Sebelum Kita Berpisah", event ini juga adalah bagi mempromosikan The Official Dafi Fan Club. Menurut meja pendaftaran ahli seramai lebih 150 orang telah mendaftarkan nama utk tujuan mendapat updates dan jemputan ke event2 DFC dimasa akan datang.
 
Ini bermakna DafiFC tidak hanya mempromosikan aktivitinya di laman web malah turut menjalankan promosi tersebut bersama Dafi di lokasi terpilih dimasa akan datang. Wahhhh!  Best tu! dengar2 ada perancangan utk ke Singapura & Kota Bharu dan banyak lagi lokasi yg akan dijalankan.
 
Photobucket
 
 Dafi menyanyikan lagu "Sebelum Kita Berpisah" dengan penuh perasaan. 
 
Lagu "Sebelum Kita Berpisah" yg best ni, mendapatkan reaksi yg positif dari pengunjung. Diharapkan Dafinites semua dapat membantu mempromosikan lagu ini dengan membuat "request' di radio2 tempatan.
 
Walaupun lagu masih baru  tapi dah ada segelintir Dafinites yg hafal lirik lagu tersebut dan menyanyikannya bersama-sama Dafi. 
 
Photobucket
 
Event yg dijadualkan hanya selama satu jam jadi hampir dua jam ! Ini adalah kerana sesi autograf dan bergambar bersama Dafi mengambil sedikit masa kerana sambutan yg ramai dari pengunjung The Store.
 
Kecoh juga jadinya, apabila peminat2 Dafi yg beratur utk naik kepentas utk sesi autograf dan bergambar...mula menghalang jalan pengungjung The Store yg lain.  
 
Photobucket 
 
 
 
Bermain games musical chair bersama peminat kecil Dafi 
 
Photobucket
 
Diva Myra patah tengkuk, Fin plak patah pinggang...lol 
 
  Photobucket
 
 Peminat menyanyi bersama Dafi - Bila Terasa Rindu
 
Photobucket
 
Bergambar kenangan dengan antara yg hadir iaitu Kanak2 dari rumah anak yatim
 
Dafi telah menyampaikan tiga lagu pada hari tersebut iaitu SEUMUR HIDUP, SEBELUM KITA BERPISAH dan BILA TERASA RINDU. Rata-rata yang hadir pada hari itu menunjukkan respond yang best.
 
 
 
Last but not least , harap-harap kemunculan dafi lepas ni akan ramai macam haritu! Baru havoc! Kepada semua dafinites yang sudi turun padang tq kerana join memeriahkan suasana and kehadiran korang semua pada hari tersebut amatlah dihargai oleh dafi sendiri .
 
 Sekian Terima Kasih :) 
 
KITA JUMPA LAGI !!!