






All pics credit to http://minaq-jinggo.fotopages.com/
Venue : Planet Hollywood
KRU hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan Maestro dan TV3 seperti berikut:
1. KRU / Maestro
Pemilihan Dafi AF5 sebagai artis di bawah pengurusan KRU. Dafi dipilih berdasarkan populariti dan kesesuaian muzik yang bakal diketengahkan oleh Dafi sendiri. Satu lagi faktor pemillihan Dafi ialah kegigihan yang ditonjol serta minat yang sangat mendalam dalam menimba ilmu muzik.
2. KRU / TV3
Pemilihan kesemua finalis rancangan realiti Gang Starz (The Lima, Mendua, Flava dan Pianka) untuk berada di bawah pengurusan KRU. Pelbagai perancangan telah pun diatur untuk pasaran di Malaysia mahupun di Indonesia. Hala tuju muzik The Lima akan cenderung kepada konsep pop rock dan bakal menjadi projek perintis artis2 yang lahir dari Gang Starz bergelar artis rakaman. Single pertama mereka bakal dikeluarkan tidak lama lagi dan album bakal menyusul pada bulan September nanti.
Artis yang sedang bernaung di bawah KRU termasuk AC Mizal, Adam, Anita Sarawak, Aznil dan Ezlynn.





