DFC sentiasa mencari kelainan. Projek kami seterusnya di bulan puasa ialah program Sahur Bersama Dafi di Asrama Anak Yatim Darul Takwa. Dafi & VID2 akan mengejutkan adik-adiknya untuk bangun bersahur....bersahur bersama dan sembahyang subuh bersama.
Rumah Terbuka DFC masih dalam proses perancangan. Mencari kelainan, kami akan adakan rumah terbuka ini di kawasan lapang rumah kampung (open concept)di waktu malam dengan kerlipan cahaya pelita menghiasi keliling kawasan. Open house biasanya diadakan di hotel atau dewan dengan buffet conceptnya.
Yang uniknya, keluarga angkat DFC (penghuni asrama anak yatim darul Takwa) akan membantu VID menjadi host rumah terbuka ini...menyambut tetamu yang hadir. Supaya mereka dapat merasakan menjadi sebahagian drpd keluarga besar DFC ini bukan sebagai tetamu shaja seperti majlis-majlis yang pernah dianjurkan oleh fan club/badan lain lain sebelum ini.
Majlis Hari Jadi Dafi pada bulan December pun ada kelainan. Atas sebab nak buat kejutan pada Dafi ray xkan umumkan apa perancangan kami setakat ini....
Tahun depan, DFC merancang mengadakan lawatan bersama Dafi to his place of choice (Dafi as tour guide..hahaha) dan InterFC's Explore Race (anjuran DFC) yang julung-julung kali diadakan/dianjurkan oleh sebuah fan club. Unik kan? DFC Dare to be different!!
Ini semua adalah perancangan sahaja dan mungkin berubah atas sebab yang tidak boleh dielakkan. Insya-Allah akan menjadi kenyataan, berkat usaha VID's, komitmen Dafi dan sokongan Dafinites.
Kami akan melancarkan Dafinites Gold Member dalam jangkamasa terdekat ini. Adalah diharapkan semua dapat memberi sokongan dengan menyertai keahlian istimewa ini bagi membantu DFC menjalankan program2 kami. Keahlian ini akan memberi keutamaan untuk anda menyertai program-program diatas.
[r][a][y] - Presiden DFC
"I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel."
Website ini ditaja oleh Serverfreak





