Pengumuman

safiasalim_VID's picture

Gempak Selebriti Astro- KB Mall, Kota Bharu, Kelantan

Gempak Selebriti Astro...

Tarikh  : 27 & 28 JULAI 2007

Tempat : KB Mall, Kota Bharu, Kelantan

Masa     : 2.30 - 6.00 petang

VID BERTUGAS DI GSA KB : VID RAY, VID AZIM, VID FENDY, VID JOEY, VID BASH & VID MEGAT

raydrev's picture

Bila Terasa Rindu....by Dafi

Single Dafi, "Bila Terasa Rindu" dalam final proses sekarang ini. Dalam sessi pra dengar semalam di pejabat KRU, Acmal Ibrahim ...Pengurus Artis & Promosi KRU memberitahu kami, insyaallah....minggu depan akan berkumandanglah lagu single Dafi ini di radio.

Lagu single ni yang ditulis & lirik oleh Edry (KRU), adalah untuk promosi dan tidak dijual. Sebagai tanda sokongan, Dafinites perlu VOTE lagu single ni or request lagu tersebut di stesen radio yang terlibat. Bagaimana? Inyaallah ray akan umumkan cara-caranya pada semua bila tiba masanya nanti...

Pada mereka yang berpeluang mendengar lagu single Dafi ini semalam...rata-rata menyukai lagu tersebut dan dirasakan catchy dengan melodi yang mudah diingat. Memang lagu ini sesuai untuk Dafi dan harapan ray bagi pihak dafi...agar semua terhibur dengan single baru ini....hadiah dafi untuk peminat yang menyokongnya selama ini.

For me personally, once sentence to say it all "I'm proud of you Dafi and will always be".

raydrev's picture

Dafinites Bowl - Red & Wild Exclusive

Syukur alhamdulilah, Dafi FC's Dafinites Bowl - Red & Wild anjuran VID2 berlangsung dengan jayanya. Yang uniknya Dafinites Bowl ini tidak berunsur pertandingan tetapi the true Dafinites spirit yang ingin diterapkan dengan membuka ruang untuk Dafinites mengenali VID's dengan lebih dekat.

VID (Very Important Dafinites) adalah merupakan pengerak fan club yang menjalankan aktiviti kelab peminat bagi pihak Dafi. Bagi memastikan setiap aktiviti kelab peminat lancar, adalah perlu bagi setiap Dafinites untuk mengenali siapakah VID2 ini. VID juga merupakan satu khidmat sokongan (Dafinites Services) di laman web ini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Inilah keistimewaan DafiFC....a fan club that provide services for its members. So sambil2 cite pasal boling tu ray ambil kesempatan untuk memperkenalkan VID Safiah yang telah dilantik semasa AGM DafiFC semalam sebagai VID bahagian Dafinites Services & Promotion.

Pendaftaran dibuka pada pukul 9.30pagi waktu sunway...ahaks. VID semuanya telah bersedia menyambut peserta-peserta dengan baju dafiFC bewarna merah dan x lupa rambut wild nya. Untuk pengetahuan semua ada hair stylist lagi yang datang dan kerjakan rambut VID's perempuan DFC...(akan ray post gambar tu nanti).

iamDafi's picture

Hi Dafinites....

Assalamualaikum semua...mari kita semua memeriahkan lagi suasana Stadium Melawati Shah Alam..this coming Wednesday 25th July between 2pm to 4pm! Dafi akan perform kat sana...harap sesangat korang datang k ...=)
and satu satu lagi don't forget to get a copy of Sunday Mail...ada story Dafi =P

*Dafi Sayang Dafinites!!!* "BAiK PunYa!!!"

*PEMBETULAN: Untuk Story dafi tu bukan Sunday Mail..tapi Weekend Mail bersamaan dengn HARI INI(21 JULAI 2007,SABTU), harap maklum.

raydrev's picture

DafiFC Annual General Meeting

Sila maklum, AJK protem akan membubarkan AJK sementara yang sedia ada sekarang dan membuat perlantikan baru bagi AJK tetap untuk sesi 2007/2008.

Proses pencalonan dan pengundian ini akan dilaksanakan pada Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Peminat Dafi pada 21 Julai 2007 bersamaan hari Sabtu pukul 2.00 petang di Sunway Pyramid (selepas program boling & tempat mesyuarat akan diberitahu kelak).

Semua ahli di jemput hadir.

Bagi pihak Presiden Sementara Dafi FC

raydrev's picture

Dafi & DafiFC @ URTV !!

Dapatkan keluaran terbaru URTV.

Ada Dafi, ada DFC's "Mesra Bersama Dafi" dan macam2 lagi. Cepattt! Terhangat di pasaran..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Azim_VID's picture

Kempen Beli Satu TShirt & Satu Topi DFC

Dapatkan Tshirt DafiFC & Topi DafiFC!! Eksklusif untuk tempahan 30 yang pertama...anda akan mendapat tandatangan Dafi di topi DFC.... yang hanya boleh didapati melalui pesanan pakej istimewa ini sahaja.

Harga Pakej : RM 55 (termasuk kos penghantaran dan caj perkhidmatan)

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya berminat?

1- Pergi ke Maybank/ATM berhampiran dan masukkan RM55.00 ke dalam akaun yang diberikan.

Dapatkan resit atau no rujukan sekiranya anda membuat urusan melalui www.maybank2u.com.my

No Akaun Maybank : 114329062721  ROSLINA BT MOHD AKHIR

2- Setelah pembayaran dibuat , hantar sms ke no telefon ini 012-6564996. Maklumat yang diperlukan ialah nama penuh anda, alamat lengkap dan nombor rujukan serta size tshirt/topi yang diperlukan.

Contoh SMS: Ray Eusouff. No 50, Jalan DafiFC 1/2C, UEP Subang Jaya, 47638 SELANGOR.

Ref: 12345232 -  size30/topi kanak-kanak

DAN HANTAR KE 012 6564996

Penghantaran akan dilakukan pada setiap hari Jumaat.

(untuk design terbaru sahaja)