Laporan : Rosnani & Rajan
Foto : Leonard

Hye Dafinites Semua…. Di bawah ini diberikan sedikit update tentang Majlis yang berlangsung pada hari Ahad, 23.05.2010 yang lalu…. Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, Majlis mempromosikan single terbaru Dafi yang bertajuk Sebelum kita Berpisah(SKB) telah diadakan dengan meriahnya di Pusat Membeli Belah Selayang Mall, Selayang. Encik Pooh (tlg betulkan ejaan nama), dari KRU Studios, selaku hos pada petang itu telah memulakan majlis dengan mengajukan beberapa soalan kuiz kepada penonton. Tepat jam 3.15 petang, Dafi muncul dengan lagu pertama Laskar Pelangi dari kumpulan Nidji (hilang keresahan penonton). Majlis petang itu telah diselang-selikan dengan nyanyian Dafi & aktiviti permainan/kuiz bersama penonton.
Selain lagu Laskar Pelangi, Dafi telah mendendangkan 2 buah lagu lagi, iaitu Sebelum kita Berpisah(SKB) (of cos le kn!!) dan Bila Terasa Rindu(BTR). Paling istimewa lagu ini disampaikan oleh Dafi bersama seorang peminat. Selain mempromosikan single terbaru Dafi, pihak KRU Studios juga turut mempromosikan filem -filem baru terbitan Kru yang bakal ditayangkan di pawagam, antaranya filem Magika (Sep 2010), Hikayat Merong Mahawangsa (awal 2011) dan filem animasi yang dialih suara ke Bahasa Malaysia, iaitu Disco Worms. (Untuk Disco Worms Dafi telah meminjamkan suaranya untuk salah satu watak dalam filem tersebut).










