Blog DFC

OVID_nad's picture

Dafi @ Karnival Basmi Cetak Rompak

 

 Pada 10 mei yang lepas di KL Sentral , telah berlangsungnya Karnival Basmi Cetak Rompak . Untuk pengetahuan Dafinites semua (korang dah tau kan ? , LOL!) , Dafi pun ada ambil bahagian untuk buat persembahan tau! Dan ada lagi dua orang bintang AF bersama-sama Dafi menjayakan program ini . Bintang yang dimaksudkan itu adalah , Hafiz dan Mila. Antara Dafinites yang hadir memberikan sokongan yang padu kepada dafi ialah Syuk Getah, Kicuk, Amar, Rajan, dan juga Kak Yana. 

OVID_nad's picture

Anugerah Industri Muzik 17


Pada 2 Mei 2010, Anugerah Industri Muzik yang ke-17 telah pun berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC). Pasti ramai dafinites menyaksikan AIM secara langsung melalui siaran ntv7. Majlis berprestij yang mempertandingkan 24 kategori turut dihadiri oleh ramai artis terkenal. Dafi yang hadir bersama untuk memeriahkan majlis mengenakan pakaian serba hitam pada malam itu.

MRBY_CMOD's picture

Hotel Mania @UniKl

 
 
 
Oleh : Amy Basri
Foto : Capeq
Editor : MrBy
 
Photobucket
 
Pada 8 April 2010, team Hotel Mania (HM) telah membuat satu 'road tour’ di Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIIT), Kg. Baru – ia merupakan kolaborasi bersama 'My TV3' rovers. Majlis ini juga adalah bersempena Hari Terbuka UniKL 2010 ('open day').
 
Adinda Oren's picture

Dafi @ Laman Santai Istana Budaya

Photographer: [ RED PANDA ] Photography

 Hari Sabtu yang lepas, new media team DFC sempat skodeng Dafi di Istana Budaya. Al maklum, dah lama tak skodeng. AID Rajan dapat info tersebut dan telah menSMS Puan Presiden. Kemudiannya Puan Presiden mengeluarkan titah perintahnya (hehehe).

Walaupun tahu di saat akhir, kami gagahkan juga kesana memandangkan dah lama tak buat cover pasal Dafi di majlis2 terbuka seperti ini.

 Konsep majlis yang maha santai mempermudahkan kami, untuk mendekati Dafi. Mengikut kata emcee, penonton yg datang minggu ini..lebih ramai dari biasa. 

Photobucket

 

Punyalah santai, kami tunjuk gambar kaki Dafi dulu..LOL. Bagi suspen sikit. Kuiz cepu cemas. Kasut jenama apa yg Dafi pakai? siapa betul dapat tiket pergi tak balik-balik ke Hawaii seorang diri. 

 

 

Boleh dikatakan meriah jugaklah malam tu. Antara artis lain yg buat persembahan ialah MK, Dina & Jamal Abdillah. Turut diserikan dengan tarian oleh penari2 Istana Budaya.

Nak tahu havoc ke x....Tengok je la makcik baju coklat tu joget!! 

 

 

Dafi tampil berbaju serba hitam dan bertopi putih. Macam Oren pernah tengok je topi tu! Oh ya! Hadiah Faiz semasa birthday Dafi tahun lepas kan?

Dafi mempersembahkan empat buah lagu malam tu.  Lagu pertama yg Dafi nyanyi ialah lagu "Pecinta Wanita". Layan jugak la sebab dah lama tak dengar Dafi nyanyi ni. Seolah2 mengimbal semula masa Dafi perform kat AF5 dulu. Gituhhh laaa.

raydrev's picture

INSIDE: DAFI 21 - Official Pictures Released

Oleh : [r][a][y] eusouff

Photographer : Megat Eusofe 

 

Event Dafi21 telah mendapat liputan meluas media.  Antaranya KOSMO, UTUSAN MALAYSIA & MSTAR . Klik lah kalau nak baca. Ray selitkan juga laporan di  new media @ blog oleh  one of the Dafinites yg bernama WATY . Manakala media elektronik DIVA @ TV1 juga telah pun bersiaran semalam.

 

12 Disember 2009. Buat kali ke 3 berturut-turut, Kelab Peminat Dafi Malaysia menganjurkan acara tahunan gilang gemilang bersempena hari ulangtahun Dafi. Tarikh majlis yang dipilih adalah lebih awal, jatuh pada hujung minggu, bagi mempermudahkan peminat Dafi untuk datang meraikannya bersama Dafi. 

 

 

 

 

MRBY_CMOD's picture

Jalan-Jalan Raya [ Episod 1 ]

Foto: Megat Eusofe

Ceritatera : [r][a][y] Bohariraya

 

Seawal jam 9pagi lagi rombongan meminang  bersiap sedia. Selain dari Putera kacak idaman Malaya, rombongan turut  diiringi Embok Puteri Lindungan Bulan Sabit bersama dua hulubalang dari ulu sungai buaya Istana Malaya. 

 

Rombongan apakah? Pagi2 plak tu. melawat zoo kah? apakah? kalau tv3 dengan jalan2 cari makan...kami pun sama ler......jalan2 beraya sambil makan.  Jalan2 makan sampai kenyang mentadarah.  Embok Syamelia membawa tiga buah bakul berisi sotong kering, serunding, ketupat palas, kueh tart, bedak untuk diberikan kepada tuan rumah. Memang hebat persiapan hantaran pihak pengantin lelaki merisik.

 

 

Photobucket

 

Kami tiba dirumah pertama yg terletak di seksyen 9, Shah lampu Alam. Setibanya kami disana suasana persikitaran menjadi senyap sunyi. Seakan tiada orang. Dengan segera diperhatikan alamat semula..takut2 tersalah pandang.

Embok Puteri Lindungan Bulan Sabit mengeluarkan kuasa sakti telepatiknya menghubungi tuan rumah. Beberapa saat kemudian NanaZZ muncul berbaju tido tshirt OMG al konon terperanjat la katanya.

 

raydrev's picture

Kejutan untuk Dafi - Program LIVE Santai @ RTM.

 

 

Disaat-saat akhir, pihak DafiFC dimaklumkan mengenai  rancangan Santai @ RTM - Menara KL. Kami dimaklumkan hanya sehari sebelum  program tersebut.

 

Oleh kerana ia adalah satu jemputan saat-saat akhir, Dafi faham sekiranya peminatnya [Dafinites] tidak dapat hadir memberi sokongan. Lebih-lebih lagi, program tersebut bermula pada jam 11 malam.

 

Beberapa jam sebelum program, Dafi bertanya...berapakah Dafinites yang dapat dikumpulkan. Kami memberitahu hanya 3 yang akan datang. Sengaja tidak memberitahu jumlah sebenar dengan niat untuk memberi kejutan pada Dafi.

 

Sekitar jam 10.50 malam Dafi keluar ke hadapan dan memberikan reaksi "terperanjat" kerana barisan depan pentas dipenuhi Dafinites yang berbaju hijau muda dan maroon. Sorry la Dafi ...bohong sunat...ya la kan asyik dafi je nak buat kejutan...sekali sekali dafinites nak jugak buat kejutan kat Dafi...hahahaha. Majoriti mereka adalah Dafinites yang menyertai Program Survivor DFC 2009 [ berbaju hijau muda] dan DFC Pangkor 2008 [berbaju maroon]. Bila ditanya, mengapa mereka hadir...ini antara jawapan yang diberikan..."Mestilah sokong dafi all the way kerana layanan baik Dafi semasa kedua-dua buah program tersebut dijalankan" "Kami sangat-sangat menyayangi Dafi ". Ternyata aktiviti dan program DFC berjaya menguatkan ikatan sepertimana yg diharapkan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada bakal VID, Aid Kak Nani & Rajan kerana berusaha keras mengumpulkan semua Dafinites yang hadir. Vid yang hadir ialah VIDAmy, VID Lilo, VID Adam dan AID Syukri bergetah & Capeq.