Oleh : [r][a][y] eusouff
Gambar : VID Megat
Dafi sudah mula mendapat tempat dihati orang Indonesia. Awal bulan Ogos yang lepas, Dafi berada di Indonesia selama seminggu untuk mengadakan sesi promosi albumnya. Sepanjang lima hari berada disana, jadual Dafi penuh dengan temubual radio, tv dan bermacam-macam bentuk promosi lagi. Jadual Dafi di Indonesia, turut dipaparkan oleh Dafi di laman web ini untuk rujukan peminat-peminatnya.
Dari sumber tertentu, khabarnya Dafi telah beberapa kali dipelawa untuk membintangi sebuah drama di Indonesia. Penggambaran drama tersebut dipercayai mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Sekiranya Dafi menerima tawaran tersebut, agaknya terpaksalah Dafi berhijrah ke sana terus kut. Eh ! Bagaimana pula dengan pengajian Dafi yang belum habis tu? Adakah benar berita yang mengatakan Dafi akan berhijrah ke Indonesia? Lebih menguatkan fakta apabila Dafi khabarnya akan sekali lagi ke Jakarta... Isnin minggu hadapan. Mungkinkah untuk perbincangan lanjut?
Ya, benar Dafi akan berada di Indonesia sekali lagi selama empat hari bermula pada 24-28 ogos 2009. Untuk apa?mesti ada sesuatu rahsia yang cuba Dafi sembunyikan.
Akhirnya penjelasan diberikan oleh Dafi. Dafi mengakui menerima tawaran berlakun tetapi terpaksa menolak tawaran tersebut kerana komitmentnya pada pengajiannya. Ya la kan. Dafi telah berjanji dengan papanya utk menamatkan pengajiannya terlebih dahulu. Abis tu? Kenapa Dafi ke Indonesia sekali lagi? Kenapa Dafi? Kenapa ?
Setelah menolak tawaran pelakun utama, Dafi kemudiannya ditawarkan untuk menjadi "cameo" sebuah drama muzikal terbitan Astro. "Berlakun jadi cameo x mengambil masa yg lama, so Dafi terima" jawab Dafi bila diterjah oleh paparazzi DFC. LOL
Dafi mengulas lagi "I am going to Indonesia to shoot as a cameo dalam drama muzikal terbaru ASTRO yang bertajuk Kau dan Aku yang dibintangi oleh Mila, Aril & Akim....will be there from Monday until Thursday".
Jawapan Dafi itu telah menjawab segala persoalan dan khabar angin yang mengatakan Dafi akan berhijrah ke Indonesia. Khabar bercouple dengan Gita Gutawa, sepertimana kisah cinta Ashraff Sinclair dan Bunga Cinta Lestari juga turut dinafikan oleh Dafi.
Dafi juga sempat menambah, selain kemunculan cameo dalam drama ini, beliau juga ada kejutan lain untuk peminat....buah tangan dari Indonesia ...katanya. Apa la agaknya?
Sekiranya anda ada soalan panas untuk Dafi, sila hantarkan ke alamat email ray@dafi-fc.com
PS: Bagaimana la agaknya rupa kad raya dari Dafi tahun ni ya? Kalau Dafi dah abis belajar....mesti dafi akan terima tawaran berlakun dari Indonesia jika ada lagi kan? wah3x
ARTIKEL AKAN DATANG ! : Lagu "Seumur Hidup" hanya kekal dalam carta muzik-muzik beberapa minggu sahaja. Adakah populariti Dafi semakin menurun? Dimanakah hilangnya sokongan peminat setianya?