The Official Dafi Fan Club (Kelab Peminat Dafi Malaysia) ini dibina oleh peminat Dafi yang digelar "Dafinites", untuk menyokong Dafi sepanjang karier seninya. Laman web rasmi ini mula dibina pada 23 Mac 2007 dan diselenggara sepenuhnya oleh penggerak FCnya yang digelar "Very Important Dafinites" [ VID ]. Kelab Peminat Dafi Malaysia telah didaftarkan secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 16 Jun 2009. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi talian Dafinites Services 012-9233 814. Sila maklum nama username dafi disini ialah "iamdafi". Website ini ditaja oleh Yoyooh.com

iamDafi's picture

Welcome To ONLINE - Official Dafi Fan Club

..........................Photobucket

Photobucket




 

Hi Dafinites ! Welcome to DafiFC, the most reliable online source for Dafi. Here at dafi-fc.com we are always striving to provide Dafi's fans of all ages with the most accurate and up-to-date news, information, and respectful photos of Dafi. With more than 4192575 hits and 125322 visitors in year 2008, DafiFC is the web’s original/official and #1 fan site for Dafi. The site today is known for reporting the most reputable, up to date news about the singer, while archiving the web’s largest Dafi image gallery. It is also home to the most active Dafi website on the net.


READ MORE

VID_CapeQ's picture

Lebaran Desa - Beraya Sambil Berhibur

 
Majlis ini akan diadakan di Homestay Parit 2, Sungai Sireh, Tanjong Karang yang dikelilingi pemandangan sawah padi yang menghijau. Tetamu bakal merasai suasana perayaan di DESA.
 
*Bayaran RM 60/seorang (TERHAD KPD 30 ORANG SAHAJA) 
*Pengangkutan Pergi balik disediakan ( KL Sentral - Homestay - KL Sentral )
 
Sesiapa yang berminat boleh membuat pembayaran ke akaun MAYBANK - a/c no : 162302571454
( Fara Adibah Binti Nor Azmi - Bendahari DafiFC) SMS segala butir pembayaran seperti Nama Lokasi Bank, Masa Transaksi, & Jumlah Pembayaran ke talian HOTLINE Dafinites Services ( 012-923 3814 - OREN )
 
VID_CapeQ's picture

Lebaran Desa - Beramal Sambil Menderma

Gambar :  VID Megat
Laporan : VID Waty & VID Capeq
 
Hey dafinites!!....entry kali ini will be regarding program beramal yang berlangsung pada 4 September 2010 yang lepas di Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor…..Jom kami bawakan kalian dari awal perancangan program ini dilakukan sehinggalah segala sumbangan yang dihulurkan tersebut dibawa kepada keluarga-keluarga yang dipilih.
 
“Dare To Be Different” is not just a word….untuk memastikan setiap program yang dipilih dapat membawa kepelbagaian dan pembaharuan supaya tidak dikatakan stereotype…atau ‘alah benda biasa jerk ni!!’….maka bersempena Ramadhan dan Syawal ini tercetus satu fenomena dimana Dafi dan VIDs mengenengahkan konsep dwi program bertemakan ‘Lebaran Desa’ berhibur sambil beramal.
 
Hasil kerjasama dari Lembaga Zakat Selangor, Kelab telah menerima beberapa senarai keluarga yang dikategorikan fakir dan miskin khususnya dikawasan Kuala Selangor. Tinjauan dibuat oleh VID yang bertugas bersama-sama Tuan Haji Mohd Azali bin Kayat, Imam Masjid Darussalam, Encik Azmi bin Yunus, dan JKKP - Tuan Haji Md Noh. Next step….semua VID ditugaskan dengan pelbagai tanggungjawab….dari pencarian penyumbang, sesi pengagihan dibuat di rumah Presiden dan akhirnya sebanyak 5 buah kereta membawa hala tuju ke destinasi yang dirancangkan yakni Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor dengan saratan barang-barang yang bakal diserahkan kepada 5 buah keluarga fakir/miskin.
 
 
Photobucket
 

Lokasi berkumpul dibuat di rumah Pak Imam sambil perbincangan kali terakhir dijalankan bagi memberi penjelasan aturcara pada hari tersebut. Ternyata kerjasama dari Pak Imam, Encik Azmi dan JKKP Kampung Bukit Kuching amat baik seolah-olah kedatangan kami amat dialu-alukan. Sungguhpun buat pertama kalinya program ini dijalankan di kampong tersebut yang melibatkan kelab peminat. Maka lebih kurang jam 3 petang…lokasi pertama penyerahan sumbangan di buat di rumah Puan Satinah Binti Hanif.

OVID_najwa's picture

Happy Birthday VID Fara!

 

HAPPY BIRTHDAY to VID FARA!

Hope your birthday blossoms into lots of dreams come true. Thanks for 3 (almost 4) years of commitment to DFC. Have a fabulous day!

From : DFC Family ;)

credit to: nadrainbow & acap 

 

Utusan dari Puan President (:

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

 

Apa khabar anak2 bonda semua hari ini? bagaimana puasa masing2? harap belum ada yang puasa 'yang2 yok' lagi .. hehehe.. (bg yg wajib dimaafkan ) ..

Alhamdullilah dh 12 hri kite berpuasa & alhamdullilah juga dpt ank2 bonda mengumpul sebanyak mungkin pahala yang dipruntukkan olehNYA. tapi bonda pasti ank2 ingin menambah sebyk mungkin lagi pahala di bulan yg mulia ini kan ??

Igt lagi tak program 'Lebaran Desa bersama Dafi' yg diwar2kan bbrapa mnggu yg lalu ? tentu semua masih igt kan .. sekarang bonda ingin beri sedikit update ttg program ni..

Program 'Lebaran Desa bersama Dafi' adalah program DFC dgn syarikat Dafi sendiri, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd (LOL) yang dibahagikan kepada 2 segmen , iaitu :

 

Segmen 1 : Projek Amal Ramadhan ( sepanjang bulan ramadhan )
Segmen 2 : * Hari Raya - Akan Datang :P ( 2 Oktober 2010 - Sabtu)

* Event terhad kepada 30 orang Dafinites sahaja (Pengangkutan disediakan) Maklumat lanjut akan diberikan kemudian.

 

Bagi projek amal ramadhan, DFC & LOL Entertainment berhasrat utk membantu sekurang kurangnya 5 buah keluarga miskin dr Kg Bukit Kucing, Kuala Selangor utk menyambut Ramadhan & Syawal. VID DFC sedang berusaha bersungguh2 bg mengumpul dana utk diberikan pada mereka. Sumbangan ikhlas dr ank2 bonda dafinites semua amatlah dialu2kan, tak kira sumbangan dari segi apa yang penting , yang penting kita dapat beramal sambil menderma ..

Sumbangan ank2 boleh dihantar selewat2nya pada 1 september 2010 sebab Dafi akan menyampaikan sumbangan ini pada keluarga pada 4 september 2010. telefon/sms ke :

VID_CapeQ's picture

Lebaran Desa - Beramal Sambil Menderma 4/9/2010


Photobucket


 
 
 
 
 
 
Pada bulan Ramadan & Syawal tahun 2010 ini, DFC akan menjalankan program berkonsepkan “Beramal sambil Menderma” dan dilaksanakan dengan mendapat kerjasama pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS). Beberapa buah keluarga fakir dan miskin mengikut definisi LZS  dipilih untuk menerima bantuan.Bagi projek ini, DFC berhasrat untuk mengumpul dana dalam bentuk wang tunai
atau barangan/peralatan/keperluan lain, khususnya keperluan menyambut Ramadan & Aidilfitri bagi membantu meringankan bebanan setiap keluarga berkenaan.

Dafinites (termasuk ahli keluarga dan sahabat-handai) dialu-alukan untuk bersama-sama menderma, dan cara penghantaran adalah seperti berikut:

(1) Wang Tunai : Bank-in ke Akaun Maybank # 5142 7125 8954
(2) Cek Atas Nama: Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd
                (syarikat rasmi dimiliki oleh Dafi)
(3) Sumbangan barangan/peralatan dihantar terus ke alamat:

21, Jalan Ikhlas 9, Bandar Tun Razak, Cheras
56000 Kuala Lumpur


Pihak DFC boleh mengaturkan pertemuan di lokasi yang sesuai bagi mengambil sumbangan yang akan diberikan sekiranya penderma tidak dapat menghantar ke alamat di atas.

MRBY_CMOD's picture

Salam Ramadhan Dan Selamat Berpuasa Dari DFC [ Malaysia ] & Sertai Pertandingan Untuk Menang CD !!

 
 
 
 
Photobucket
 
 


Dafinites yang beragama islam sekelian...

Selamat berpuasa ya..
sambil2 wish each other...apa kata korang kongsi pengalaman korang 'ponteng puasa' semasa kecik? (berdasarkan poster diatas)

Cerita yang best akan dapat hadiah istimewa dari Dafi iaitu CD single exclusive "Sebelum Kita Berpisah" (tidak dijual dipasaran) yang ditandatangan oleh Dafi !

Sertakan sekali email anda utk dihubungi sekiranya cerita anda terpilih. 

 

* Terbuka kepada semua ahli yang berdaftar dilaman web ini  kecuali VID2 DFC. 

 


Apa lagi...ceritakan pengalaman korang sekarang!!!